Tuesday, March 5, 2013

TIAN CHUA, POLIS DAN LAHAT DATU

Selepas membaca kenyataan Ahli Parlimen Batu Tian Chua aku mulanya tersentak! Hubungan Tian Chua dan polis mempunyai sejarah panjang. Kebenciannya pada pihak polis adalah jelas. Siapa yang tak ingat peristiwa naib presiden PKR ini menggigit polis.

Jika polis pun digigitnya, apatah lagi menuduh kematian polis sebagai satu "sandiwara". Yang pandai bermain sandiwara sebenarnya adalah Tian Chua dan bossnya Anwar Ibrahim. 

Yang hairannya selepas permainan jijik ini kenapa ada lagi anggota dan pegawai polis serta bekas-bekas PDRM masih menyokong mereka. Kematian bukan satu permainan, apatah lagi kematian untuk agama, bangsa dan negara.

Jika ini pun boleh dimainkan, mana sempadan yang tidak boleh dilintas?

Orang macam Tian Chua ini sebenarnya adalah anjing-anjing jalanan yang harus diambil tindakan. Kalau dibiarkan dia terus menyalak alamatnya kita akan membiarkan virus ini tersebar. Tolak Tian Chua, tolak pakatan dan yang penting tolak perjuangan yang membinasakan negara.

No comments:

Post a Comment