Friday, March 22, 2013

TAKUT KER?

Selepas Nizar Jamaluddin mengumumkan dia akan lari dari Pasir Panjang, seorang lagi Adun Pakatan khabarnya akan "dipindah" kawasan kerana takut dek perangainya yang tak semiyak. 

Chan Ming Kai (PKR) yang menang bergaya dengan majoriti lebih 3,000 mengalahkan calon BN (MCA) pada PRU 13 khabarnya telah dinyahkan dari kawasan itu kerana masalah "peribadi". Memang jelas pemimpin-pemimpin PKR tak lekang dari masalah peribadi terutama masalah bawah perut dan kegagalan mengawal nafsu syahwat.

Dengar-dengarnya Chan Ming Kai ni dipindahkan ke parlimen Grik kerana mempunyai hubungan sulit dengan seorang gadis Melayu dalam kawasannya. Budak perempuan ni dibawa ke hulu-ke hilir atas nama pembantu peribadi.

Dan hubungan mereka memang amat peribadi. Hehehehehehhe

Jangan nanti bila ke Grik anak dara Melayu Grik pulak jadi mangsa kerakusan nafsunya. Jadi kalau dia "dipindahkan" ke Grik, pengundi di kawasan ini patut tolak la si Ming Kai ni. Kalau diterima abisla la pulak anak dara kena tebuk tupai . . . . . . 

Thursday, March 7, 2013

MARI BERKARAOKE


source : padi jantn's foto

BODOH PUNYA BUDAK

HAH! Inilah hasil politik kebencian acuan Anwar Ibrahim dan rakan-rakan. Dari perut busuk pakatan, lahirlah spesis macam ni yang bercakap ikut lubang ponggong.

Tak pakai otak tapi pakai nafsu yang ditanam melalui ceramah-ceramah dan video youtube pautan golongan pakatan pembangkang. Ingatkan Abby Abadi jer yang bodoh macam ni, rupa-rupanya ada juga golongan bangang macam bekas pelakon siri tv Gerak Khas. Layak digelar anak ayam pada Abby Abadi. 

Wahai Raahaa Nuyu kau memang dungu!

GENCATAN SENJATA

APA hak Jamalul Kiram, yang mengaku dirinya Sultan Sulu, (gambar) mengisytiharkan gencatan senjata?

Malaysia bukan bodoh! Jika kita bersetuju dengan gencatan senjata bermakna kita mengakui kedaulatan kesultanan Sulu dan tuntutannya terhadap Sabah. Padahal kesultanan Sulu tidak pernah wujud ia hanya angan-angan sekumpulan manusia. Angan-angan ini diperhangatkan oleh puak pembangkang di Malaysia untuk tujuan peribadi seorang individu yang terlalu teringin sangat jadi Perdana Menteri.

Aku angkat topi dan tabik spring kepada Najib Razak yang menegaskan bahawa Sabah akan bersama-sama Malaysia selama-lamanya dan tidak ada sebab menyerah kerana angan-angan Jamalul Kiram yang mahu menjadi RAJA atau semata-mata merealisasikan angan-angan Anwar Ibrahim nak jadi Perdana Menteri.

Inilah persamaan antara Jamalul Kiram dan Anwar. Seorang mahu jadi PM dan seorang lagi mahu jadi RAJA.

Wednesday, March 6, 2013

CEROBOH DARI BELAKANG

MENYALAKLAH anjing-anjing PR mengenai Lahat Datu. Panggilan terbaru meminta menteri bertanggungjawab meletakkan jawatan kerana kononnya gagal menangani serangan tentera Sulu. 

Sebelum ini, kononnya tragedi Lahat Datu adalah sandiwara, kononnya yang gugur adalah anjing UMNO. Setelah mereka dibelasah tiba-tiba kenyataan berubah arah. Tidak ada konsitensi.

Yang patut letak jawatan bukan menteri tetapi ketua pembangkang, kerana menjadi dalang pencerobohan    orang luar ke dalam negara. Ini modus operandi Anwar Ibrahim, dulu sewaktu jadi timbalan PM dan Menteri Kewangan menggunakan George Soros untuk menyerang matawang negara.

Dalam era reformasinya menggunakan Amerika. Semua masih ingat bila Naib Presiden US ketika itu menjulang reformasi sebagai wira. Kini menggunakan tentera Sulu sebagai alat untuk mengugut kerajaan BN.

Adakah manusia seperti ini layak menjadi pemimpin? Adakah mereka yang sanggup menggadai maruah dan keselamatan negara layak dinobatkan sebagai PM? Hanya manusia yang buta hati sahaja sanggup memilih manusia seperti ini sebagai ketua.

Tuesday, March 5, 2013

TIAN CHUA, POLIS DAN LAHAT DATU

Selepas membaca kenyataan Ahli Parlimen Batu Tian Chua aku mulanya tersentak! Hubungan Tian Chua dan polis mempunyai sejarah panjang. Kebenciannya pada pihak polis adalah jelas. Siapa yang tak ingat peristiwa naib presiden PKR ini menggigit polis.

Jika polis pun digigitnya, apatah lagi menuduh kematian polis sebagai satu "sandiwara". Yang pandai bermain sandiwara sebenarnya adalah Tian Chua dan bossnya Anwar Ibrahim. 

Yang hairannya selepas permainan jijik ini kenapa ada lagi anggota dan pegawai polis serta bekas-bekas PDRM masih menyokong mereka. Kematian bukan satu permainan, apatah lagi kematian untuk agama, bangsa dan negara.

Jika ini pun boleh dimainkan, mana sempadan yang tidak boleh dilintas?

Orang macam Tian Chua ini sebenarnya adalah anjing-anjing jalanan yang harus diambil tindakan. Kalau dibiarkan dia terus menyalak alamatnya kita akan membiarkan virus ini tersebar. Tolak Tian Chua, tolak pakatan dan yang penting tolak perjuangan yang membinasakan negara.

Sunday, January 27, 2013

I'LL SELL MY COUNTRY

video

Bagus jugak idea-idea budak anti Pakatan Pembangkang. Kudos guys you hit the note!