Wednesday, March 6, 2013

CEROBOH DARI BELAKANG

MENYALAKLAH anjing-anjing PR mengenai Lahat Datu. Panggilan terbaru meminta menteri bertanggungjawab meletakkan jawatan kerana kononnya gagal menangani serangan tentera Sulu. 

Sebelum ini, kononnya tragedi Lahat Datu adalah sandiwara, kononnya yang gugur adalah anjing UMNO. Setelah mereka dibelasah tiba-tiba kenyataan berubah arah. Tidak ada konsitensi.

Yang patut letak jawatan bukan menteri tetapi ketua pembangkang, kerana menjadi dalang pencerobohan    orang luar ke dalam negara. Ini modus operandi Anwar Ibrahim, dulu sewaktu jadi timbalan PM dan Menteri Kewangan menggunakan George Soros untuk menyerang matawang negara.

Dalam era reformasinya menggunakan Amerika. Semua masih ingat bila Naib Presiden US ketika itu menjulang reformasi sebagai wira. Kini menggunakan tentera Sulu sebagai alat untuk mengugut kerajaan BN.

Adakah manusia seperti ini layak menjadi pemimpin? Adakah mereka yang sanggup menggadai maruah dan keselamatan negara layak dinobatkan sebagai PM? Hanya manusia yang buta hati sahaja sanggup memilih manusia seperti ini sebagai ketua.

No comments:

Post a Comment