Sunday, January 27, 2013

I'LL SELL MY COUNTRY


Bagus jugak idea-idea budak anti Pakatan Pembangkang. Kudos guys you hit the note!

KENAPA GENTAR DENGAN GAZA

Bila Najib Razak ke Gaza, mereka mula gentar, kenapa?

Pelbagai teori dikemukakan semata-mata memperkecilkan lawatan itu. Portal-portal berita pro-pembangkang menyalak mengutip pandangan negatif.


Kenapa agaknya? Gaza bukan bahan politik, ia adalah atas dasar perjuangan ummah. Tak perlu dipertikaikan kenapa Perdana Menteri membuat lawatan berkenaan. Yang penting negara menunjukkan pandangan kita terhadap umat Palestin.

Thursday, January 24, 2013

DEBAT, DEBIK, DEBUK

Bercakap dengan kerusi. Itu patutnya tajuk program Pakatan Pembangkang di Hotel Excelsior pada 23 Jan.

Isu yang dibangkitkan sudah berkali-kali dijawab, baik di sidang media dan pada sidang Dewan Undangan Negeri. Contohnya tuduhan Ngeh Koo Ham (pemilik tanah 10,000ha di Kelantan) yang mendakwa Kerajaan Negeri memberikan tanah seluas 35,000 ekar kepada syarikat Rahman Hydrolic.

Dr Zambry Abd Kadir dah berulang kali menyatakan hal ini tidak pernah berlaku. Ngeh pula hanya bercakap kosong tanpa dokumen. Bukan seperti yang ditunjukkan oleh Dr Zambry di dalam Dewan Undangan Negeri, beberapa keping surat yang ditandatangani oleh Nizar Jamaluddin mengarahkan Pengarah Jabatan Hutan memberikan konsesi balak kepada orang kuatnya.

Atau pendedahan Pak Ngah Hamdi, tentang soal pemberian tanah 10,000ha kepada dua sepupu -- Ngeh dan Nga Kor Ming melalui syarikat Upayapadu Plantantion Sdn Bhd.

Percayalah fitnah dan penipuan ini akan berulang-ulang. Dijawab pun tak guna. Baiklah Nizar dan Ngeh bercakap dengan kerusi kosong kerana orang yang tak ada otak jer akan percaya.

Sunday, January 20, 2013

PEMBUBARAN PARLIMEN

Ini cerita benar. Bukan tipu atau angin-angin politik. Berikut adalah "deadline" pembubaran DUN, yang akan menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

2
1 Mac : Johor

26 Mac : Negri Sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis dan Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Pulau Pinang dan Kedah
5 Mei : Trengganu

Jadi mahu atau tidak, bersedia atau belum, Najib Razak akan membubarkan parlimen pada atau sebelum 21 Mac 2013, bagi membolehkan pilihanraya diadakan serentak.