Thursday, January 24, 2013

DEBAT, DEBIK, DEBUK

Bercakap dengan kerusi. Itu patutnya tajuk program Pakatan Pembangkang di Hotel Excelsior pada 23 Jan.

Isu yang dibangkitkan sudah berkali-kali dijawab, baik di sidang media dan pada sidang Dewan Undangan Negeri. Contohnya tuduhan Ngeh Koo Ham (pemilik tanah 10,000ha di Kelantan) yang mendakwa Kerajaan Negeri memberikan tanah seluas 35,000 ekar kepada syarikat Rahman Hydrolic.

Dr Zambry Abd Kadir dah berulang kali menyatakan hal ini tidak pernah berlaku. Ngeh pula hanya bercakap kosong tanpa dokumen. Bukan seperti yang ditunjukkan oleh Dr Zambry di dalam Dewan Undangan Negeri, beberapa keping surat yang ditandatangani oleh Nizar Jamaluddin mengarahkan Pengarah Jabatan Hutan memberikan konsesi balak kepada orang kuatnya.

Atau pendedahan Pak Ngah Hamdi, tentang soal pemberian tanah 10,000ha kepada dua sepupu -- Ngeh dan Nga Kor Ming melalui syarikat Upayapadu Plantantion Sdn Bhd.

Percayalah fitnah dan penipuan ini akan berulang-ulang. Dijawab pun tak guna. Baiklah Nizar dan Ngeh bercakap dengan kerusi kosong kerana orang yang tak ada otak jer akan percaya.

No comments:

Post a Comment