Thursday, March 7, 2013

GENCATAN SENJATA

APA hak Jamalul Kiram, yang mengaku dirinya Sultan Sulu, (gambar) mengisytiharkan gencatan senjata?

Malaysia bukan bodoh! Jika kita bersetuju dengan gencatan senjata bermakna kita mengakui kedaulatan kesultanan Sulu dan tuntutannya terhadap Sabah. Padahal kesultanan Sulu tidak pernah wujud ia hanya angan-angan sekumpulan manusia. Angan-angan ini diperhangatkan oleh puak pembangkang di Malaysia untuk tujuan peribadi seorang individu yang terlalu teringin sangat jadi Perdana Menteri.

Aku angkat topi dan tabik spring kepada Najib Razak yang menegaskan bahawa Sabah akan bersama-sama Malaysia selama-lamanya dan tidak ada sebab menyerah kerana angan-angan Jamalul Kiram yang mahu menjadi RAJA atau semata-mata merealisasikan angan-angan Anwar Ibrahim nak jadi Perdana Menteri.

Inilah persamaan antara Jamalul Kiram dan Anwar. Seorang mahu jadi PM dan seorang lagi mahu jadi RAJA.

No comments:

Post a Comment